ONEUSANTARA
GROUP SDN BHD
Syarikat Bumiputera yang terunggul dalam perkhidmatan peleburan emas dan logam berharga

Tentang Kami
1) PERDAGANGAN JONGKONG EMAS
(Gold Bullion Dealers)
Teras Bidang perniagaan syarikat Group melibatkan sumber pengeluaran utama emas dan aktiviti jual beli jongkong emas tulen yang diiktiraf, dalam bentuk fizikal dan melalui sistem penyimpanan profesional. Syarikat terlibat dalam sektor ini dan berfungsi sebagai pengedar emas yang sah, melalui subsidiari syarikat telah menyediakan platform pelaburan yang stabil dan Industri proses yang terjamin bernilai tinggi kepada rangkaian syarikat usahasama, Ia juga merangkumi pemantauan harga pasaran, kawalan ketulenan emas, serta pematuhan kepada piawaian logam berharga tinggi pasaran antarabangsa serta pematuhan undang-undang dalam setiap urus niaga semasa.
2) SYARIKAT PERMODALAN USAHASAMA
(Venture Capital Companies)
Kumpulan Syarikat modal usahasama berperanan menyediakan permodalan atau pelaburan kepada anak syarikat sebagai pemula (start-up). setiap bidang perniagaan yang dipilih dan dalam sektor niaga yang sedang berkembang pesat terutamanya yang berpotensi tinggi, sokongan pembiayaan modal awal syarikat diikuti kepakaran pengurusan, jaringan strategik, bimbingan hala tuju perniagaan dan kawalan kewangan. Objektif utamanya adalah untuk perkembangan strategi pertumbuhan anak syarikat sambil memperolehi pulangan modal serta penjanaan keuntungan dalam jangka masa pendek, sederhana atau panjang.
3) KHIDMAT PERUNDINGAN PENGURUSAN PERNIAGAAN
(Business Management Consultancy Services)
Perundingan pengurusan perniagaan melibatkan bimbingan nasihat dan sokongan profesional kepada organisasi subsidiari syarikat dalam aspek seperti pengurusan sistem kewangan, struktur perdagangan, kemajuan perniagaan, pengurusan operasi, penyusunan korporat, tindakan pelaksanaan, transformasi digital, tumpuan pemasaran terkini, dan sistem kebajikan kakitangan syarikat. Perkhidmatan ini membantu syarikat mengenal pasti kelemahan, merangka usahasama kemajuan, meningkatkan kecekapan berdaya saing, serta memastikan keberkesanan dalam pencapaian matlamat atau objektif syarikat dalam pelbagai sektor perniagaan masa kini.
COMPANY SUBSIDIARIES
VISI
Menjadi peneraju utama sebagai induk kumpulan syarikat Bumiputera yang menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi secara sistematik dan bertanggungjawab, dengan komitmen tegas terhadap kemajuan serta pembangunan rangkaian anak syarikat dalam pelbagai sektor ekonomi, berteraskan kepercayaan kepada agama serta aspirasi memajukan bangsa dan negara.
MISI
- Memberikan perkhidmatan yang cekap, berkualiti dan menepati masa dalam setiap projek yang dijalankan.
- Menjalin kerjasama strategik dengan agensi kerajaan, badan berkanun dan organisasi swasta untuk pembangunan bersama.
- Meningkatkan kecekapan tenaga kerja melalui latihan berterusan dan penerapan teknologi terkini.
- Mengutamakan integriti dan kepuasan pelanggan sebagai asas kepada kejayaan syarikat.
- Membangunkan reputasi syarikat sebagai rakan niaga yang profesional, bertanggungjawab serta membuka peluang pekerjaan dalam komuniti Syarikat bersekutu.
Nilai Teras

Carta Organisasi

Lembaga Pengarah

Pegawai

Pengurus

Pejabat

Perkhidmatan Syarikat
Dengan rekod prestasi yang kukuh, kami telah menjadi rakan niaga pilihan dalam urusan peleburan emas di negeri Kelantan dan kawasan sekitarnya.
Peleburan Emas dan Logam Berharga
Menggunakan kemudahan berteknologi tinggi dan teknik terkini yang mematuhi garis panduan keselamatan serta kualiti yang ketat.
Penilaian dan Pengasingan Logam
Memastikan kandungan emas tulen dapat ditentukan secara tepat melalui proses penilaian yang teliti.
Pembersihan dan Pemurnian
Pembersihan dan pemurnian emas ke tahap ketulenan sehingga 99.99% menggunakan teknologi terkini.
Pembelian dan Jual Beli
Emas lusuh atau kitar semula, termasuk kelongsong logam industri dan barangan kemas rosak.
Khidmat Nasihat Teknikal
Nasihat teknikal dan logistik bagi pelanggan yang terlibat dalam aktiviti perlombongan kecil atau pemprosesan sisa logam.
Tenaga Kerja Berpengalaman
Terdiri daripada individu berpengalaman dalam bidang metalurgi, kimia industri, serta pengurusan sumber logam berharga.
Polisi Syarikat
Polisi Kualiti
Komited untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dalam setiap aspek operasi. Memastikan semua kerja dijalankan mengikut prosedur yang piawai, memenuhi kehendak pelanggan serta mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.
Polisi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Mengutamakan keselamatan dan kesihatan setiap pekerja dan pelanggan. Memastikan semua aktiviti dijalankan dengan pematuhan ketat kepada prosedur keselamatan, termasuk penggunaan peralatan pelindung diri (PPE) dan latihan keselamatan secara berkala.
Polisi Alam Sekitar
Beriltizam dalam mengurangkan kesan operasi terhadap alam sekitar melalui pengurusan sisa yang bertanggungjawab, penggunaan teknologi mesra alam, dan pematuhan kepada semua peraturan berkaitan alam sekitar.
Polisi Integriti dan Antirasuah
Mengamalkan prinsip ketelusan, amanah dan integriti dalam semua urusan perniagaan. Sebarang bentuk rasuah, salah guna kuasa atau penipuan adalah tidak dibenarkan dan akan dikenakan tindakan tegas.
Polisi Privasi dan Kerahsiaan
Maklumat pelanggan, rakan kongsi dan data syarikat akan dilindungi dengan penuh tanggungjawab. Tidak akan mendedahkan sebarang maklumat tanpa kebenaran rasmi, kecuali jika dikehendaki oleh undang-undang.
Polisi Pekerja dan Sumber Manusia
Menghargai kepelbagaian, profesionalisme dan perkembangan kerjaya pekerja. Mengamalkan dasar adil tanpa diskriminasi, serta menyediakan peluang latihan dan peningkatan kemahiran secara berterusan.
Pengalaman Syarikat
Oneusantara Group Sdn. Bhd. mempunyai kepakaran khusus dalam bidang peleburan emas, merangkumi proses pengumpulan, pemurnian, dan penghasilan emas berkualiti tinggi mengikut piawaian industri semasa.
Perniagaan syarikat beroperasi bermula tahun 2020, syarikat ini telah menjalankan pelbagai projek berkaitan logam berharga, terutamanya emas, dengan pelanggan daripada sektor perniagaan dan individu persendirian.
Hubungi Kami
Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau perkhidmatan
Maklumat Hubungan
Telefon
+609-9668789
+60196978789
oneusantaragroup.sdnbhd@gmail.com
Alamat
PT 4489, Tingkat Satu Guchil Luar,
18020, Kuala Krai Kelantan
Butiran Syarikat
Nama: ONEUSANTARA GROUP SDN BHD
No. Pendaftaran: 201901039345 (1348675-V)
Tarikh Penubuhan: 31st October 2019
Modal Berbayar: RM 1,000,000.00